Terlepas gian nak hiking setelah sekian lamanya haha..rindu sebenarnya nak panjat2 bukit ni, and now sha dah pindah Sandakan, sha pun tak tahu bila nak pergi KK. rindu dengan KK..haha..ok ok kita cerita pasal Bukit yang ada di Sandakan. eh sha baru tahu. Sandakan pun ada bukit untuk didaki..hihi..*tepuk dahi*
So, plan sudah pun diatur, malangnya sha dan kawan-kawan lambat naik bukit, dalam jam 11pagi, terbakar muka kita hahha..agak mencabar dan this is 1st time mendaki jam 11, (Gunung Kinabalu beza tau sebab dia sejukkk) matahari dah naik diatas kepala..lucu juga, peluh dah turun bagai hujan hutan tropika haha..nyamannn, namun kami tetap tak putus asa, teruskan juga mendakinya
Untuk masuk ke Elopura Recreation Park, korang kena masuk jalan Astana Height, jalan lurus sampai ada satu park kereta, dekat dengan kawasan perumahan, signboard Elopura Recreation Park agak terlindung sikit, tapi jangan risau, dekat ja dengan car park tadi, sebelah kiri. Kami pun masa mula2 memang sesat haha..jangan harap sangat google maps ya..