Misi Tawan Gunung Kinabalu Kali Kedua

Alhamdulilah, sha masih diberi peluang untuk menikmati Pendakian Gunung Kinabalu untuk kali kedua..yeahhh..Sha dan Team sangat-sangat teruja hahaha..Untuk pendakian kali pertama, korang boleh baca di link :-
 
 
15 December 2016, adalah tarikh kedua Team Mitaki @ Misi Tawan Kinabalu merancang lebih padat untuk kembali mendaki Gunung tertinggi di Asia ini,walaupun pada awalnya kami memilih 31 December seperti mana pendakian yang pertama, tapi sedihnya tarikh tersebut telah diambil pendaki lain..
 
 Pagi yang indah, Terima Kasih Allah, walaupun hujan lebat pada jam 4 pagi, cuaca kembali cerah pada seawal 8 pagi, sekaligus memudahkan pendakian kami, berkat doa dari ahli team..hihi. Kami, seramai 20 team pendaki ; pakej 10 Sabahan dan 10 Malaysian (dalam gambar lebih 2 orang dari team Mitaki 1 :D)
 
Sebelum memulakan pendakian, kami diberi taklimat oleh Ketua Guide, En Pollelly, bersama 3 guide lain di Timpohon. Mereka yang akan menjaga dan mengiringi disepanjang pendakian kami.

Pendakian bermula dengan Bismillahirahmanirahim

9.30 AM – Cuaca cerah, trek licin sebab pagi tadi hujan  dan semua pendaki memulakan pendakian ke Laban Rata sejauh 6 KM, untuk kilometer pertama memang akan excited naik, maklumlah gunung yang dirindui..hihi..rugi tau tak naik lagi…
 
Once again, Big thanks to Pakcik Anik (lelaki paling belakang) tolong angkatkan beg sha dari pendakian yang lalu dan kedua ni, pakcik kesian tengok sha angkut beg besar dari orangnya hahaha, so kalau rasa tak larat mahu angkat, korang boleh gunakan service porter 1kg RM13, kalau guide tolong angkat, dorang akan cas mahal, so plan awal..hihih
 
Di sepanjang pendakian memang akan jumpa tangga, batu dan tumbuhan hijau, so take your time to having berapa banyak picture yang korang nak, nanti turun dah malas mau gambar-gambar dah..
 
Terjumpa dengan pendaki korea, sha dah lupa namanya, tapi memandangkan time mendaki tu famous drama Legend of the blue sea, sha namakan dia Lee Min Ho, hahaha…
 
3.30 PM – Cuaca sejuk melanda, kabus tebal, penat mendaki, kaki dah kebas, akhirnya sha sampai di Laban Rata, apa yang sha pertama fikir ialah, cafe dah buka? lapar oooow..hahaha..inilah laban rata yang cantik lagi megah, eh yang megah tu gunung belakang tu..hihi..
My team rupanya ada blogger selain sha, presenting SYUSAIDIL korang boleh follow dia di syusaidil.blogspot.my wajib follow tauu…sha pun tengah tunggu entry pendakian versi puja pula..hihi..Happy meals guys, rest well besok akan naik puncak. 
 
8.52 PM – Hujan lebat, tilam dan selimut  jadi sejuk, sha jadi sesak nafas, report dekat guide, (kesian dorang tengah rest terpaksa bangun tengok sha..huhu)..Terima kasih sufrie dan kawan-kawan tolong sha time emergency tu, lepas jirah offer guna inhaler, alhamdulilah, nafas sha dah ok, guide cakap kalau berterusan, sha tak boleh naik puncak besok..wahhh..nak nangis dengar, tapi sha nak juga naik..nak juga..lepas settle semua, sha tidur dengan tenang dan sejuk huhu.
 
16 Disember 2016 : Puncak, here I come
 
02.30 AM – Sha langsung tiada mood mau makan, sejuk dan rasa malas pun ada, tapi tetap nak naik, then sha dan kawan-kawan mendaki naik ke puncak, thanks once again to Sufrie temankan sha naik atas, memang tahap sejuk tak rasa sangat dari pendakian lalu, tapi tetap rasa nak give up tu ada..hahaha..itulah perlunya kuatan mental dan fizikal..
 
04.30 AM – Rekod lama sha kekalkan untuk sampai ke Sayat-Sayat, rindunya mau borak dengan guide dalam pondok tu, ewahh, tapi kan time sha nak guna toilet, sejuk gila air dari gunung..haha..tak dapat dibayangkan korang haha..then sha pun memulakan pendakian ke puncak..
 
Sha tak ingat jam berapa sampai di KM8 ni, tapi yang pastinya perut sha dah mula masuk angin, kepala dah pusing, asyik muntah-muntah dan give up teruk, AMS menguasai diri, sha dah rasa berjalan macam mayat hidup dah, semuanya weak, alhamdulilah atas dorongan Sufrie, akhirnya sha mau juga teruskan perjalanan, dan sedinya ini bukan puncak wawawa…haha
 
7.00 AM – Finally, Sharina was at the highest peak of Asia, yeahhh..allhamdulilah, macam di usung naik ja sha rasa, sikit pitam pun ada, rasa nak terbang pun ada time naik tu, haha..muka pucat sangat

Sejujurnya, untuk merasa nikmat kepuasan diatas puncak untuk kali pertama ni, sha memang tak puas, dengan keadaan sha turun ke Laban Rata sangat lemah, didukung oleh kawan dan guide, sangat sedih bila ingat balik, tambahan ada ‘drama’ berlaku time diatas puncak, huhhh, sha dah maafkan..sha pun bukan kawan yang baik, apapun sampai puncak sangat best..hihi

10.03 AM – Sha sampai di laban rata, oww…lamanya proses nak turun dari puncak hahaha..terbang RM100 sha untuk bayar guide yang dukung sha haha, sampai ja laban rata, sha makan, alhamdulilah lepas dah makan, tenaga dah charged, siap-siap nak turun Timpohon
 
04.26 PM – Sha sampai Timpohon, masih lapar seperti selalu, hahaha, penat sangat kaki sakit, tapi sijil berwarna dan kenangan adalah reward terindah sepanjang 2016, terima kasih kepada Team Mitaki, Guide Gunung kinabalu dan keluarga Fuza..
Good luck korang yang merancang naik Gunung Kinabalu, make sure korang prepare fizikal dan mental, mesti dalam keadaan sihat supaya tak banyak menyusahkan orang (pengalaman mengajar sha) hihi, jangan bawa benda yang tak perlu bila naik nanti..haha..
 
At least mesti sampai puncak, masukkan dalam wishlist korang, terutamanya orang Sabah..kalau ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik, sha nak naik setiap tahun..hahah..(orang dah warning dah, jangan naik lagi..erghhh)
 
InsyaAllah, Gunung Kinabalu, akan didaki lagi..
Sentiasa dihati kami, Team Mitaki <3