Bukit Tirig, Telipok

Hobi sejak turun dari Gunung Kinabalu, iaitu HIKING ! kah..semangat sha nak naik bukit..sebelum ni BUKIT PERAHU, TAMPARULI, sekarang done ! tawan bukit BUKIT TIRIG, TELIPOK
 
Gagahkan diri untuk drive ke sana, walaupun tak tahu pun jalan..nak pakai GPS, tak reti guna..hantam saja la..jalan punya jalan..sampailah SALUT (tempat femes lokan dan kelapa bakar, nyummy) , bila dah tahu mana salut senanglah nak pergi..masuk perkampungan juga…hati-hati jalan sempit dan berpasir.
Bila dah park kereta, sha dan kawan mulakan pendakian, taklah tinggi dan mencabar seperti bukit BUKIT PERAHU, TAMPARULI tapi boleh kapus juga dibuatnya, time sha naik tu weekend, so memang ramai sangat orang..SANGAT !
Dan seperti BUKIT PERAHU, TAMPARULI ada menjual minuman dipuncak, so boleh bawa duit, jangan banyak tau..berat poket karang..
Untuk permulaan bagi BUKIT TIRIG, TELIPOK ini, boleh terus memakai mask untuk mengelakkan tersedut pasir yang sangat deras..haha..
 
 
Perjalanan sekitar 10-15 minit bagi yang lalai berselfie, (rugi sangat bila tak selfie tauu)..sebab nanti turun, ramai orang berpusu-pusu naik..nak tengok sunset lah kata kan..sha dah mind set, maghrib tak elok berkeliaran di atas puncak..kot-kot ‘ditegur’..hilang mood nak hiking lagi..nauzubillah..so elakkan ya kawan-kawan..bolehlah kalau naik sekitar jam 4-5 PM

Menjadi kebiasaan bagi orang rabun macam sha ni pakai SPEK Mata..peluh jangan cakap..deras sangat mengalirnya…macam air terjun dari Mahua…sila bawa wipper untuk yang pakai spek ya..haha..kidding bahh..

Finally, sampai juga dipuncak…perkara pertama yang sha buat ialah duduk dan cepat-cepat cari air..Bukit sependek ini pun sha boleh juga pancut..bekalan air kena cukup..

Ramai sangat orang dipuncak, membantutkan nafsu mahu selfie..yang nak mengurat pun ada…(oi..bukan nak cari jodoh kat sini -.-‘) dan untungnya di bukit ini, mempunyai 2 puncak berlainan latar belakang..owsem ! untuk hiker macam sha, rugi kalau tak pergi puncak yang jauh juga dari puncak pertama…huhhh…

Then, bila gambar sudah gelap, signal untuk beralih menuruni bukit sudah berdetik, maka kami pun dengan rasa sangat puas menikmati Ciptaan Allah, turun ke bawah dengan berpegangan tangan macam pasangan couple, walhal kami adalah adik beradik angkat…hahaha…berlari itu mesti..untuk mengelakkan kaki sakit keesokan hari nya, namun sakit juga sebab sha drive dari hulu ke hilir hahaha…

Dalam perjalanan menuruni bukit, segala lemaks yang ada sangat bekerja keras..alhamdulilah, terlalu mudah untuk naik bukit jika anda seorang yang kurus hakss hahaha…

Dan pertemuan yang tidak diduga, sha berpandangan mata dengan blogger cantik, juga seorang yang fit untuk naik segala bukit di Sabah ni, memperkenalkan http://walkstatic.blogspot.my/ dia sangat cute dengan mata sepet..(manusia idaman sha..)

Well..before this, memang ada jumpa dia masa climb Gunung Kinabalu yang lepas..tapi nda bekenal gia…hahaha..then time turun bukit tirig ni, bila nampak baju sha..terus dia cakap..OPZZPINKY..aiseee..terus sha cakap ohh cilaaaa…haha..bergambar boleh?…hahaha

Finally, sangat penat..tapi berbaloi dengan usaha untuk tawan bukit tirig ni, InsyaAllah kalau ada masa boleh pergi melawat lagi..dan dan dan sha teringin nak menerokai bukit dan gunung yang ada..amin…