Bukit Perahu, Tamparuli Sabah.

Lama sha menyepi kan? actually banyak sangat kerja design membuatkan sha langsung tak dapat nak update blog..rindu sangat dengan blog..so malam ni sangat free..
 
Cerita pendakian Bukit Perahu ini dari ahad minggu lalu…baru nak update..haha..sha memang balik ja dari Gunung Kinbalu, rasa mendaki membuak buak..rasa nak ja sekarang ni daki Gunung Kinabalu..haha sabar Sharina…this December ok..
 
ok..permulaan bagi pendakian kami ke Bukit Perahu, dengan mencari lokasi, memandangkan ini kali pertama kami ke sana, alhamdulilah tidak begitu jauh dari Pekan Kiulu, dan daki bukit ini terbuka kepada orang awam..tiada cas di kenakan.
Finally, sampai juga puncak Bukit Perahu, bagi sha memang mencabar, sebab naik ja bukit ni mendadak tinggi, curam sangat berbeza dari naik Gunung (Timpohon-Laban Rata) tapi taklah jauh sangat 1.4km sahaja
 
Ada 14 check point, rasanya jarak antara checkpoint adalah 100m..mungkinlah sebab baru sampai checkpoint ke1 dah nampak checkpoint ke2 hahaha…
Keadaan atas puncak Bukit Perahu, dengan ramai orang..happening sangat..best gila tengok permandangan sekitak Tamparuli..
 
Untuk yang naik time weekend, boleh bawa duit sebab ada orang menjual minuman diatas…warrghhh sha haus sangat..menyesal tak bawa duit time naik tu..haha
 
So dah puas selfie, sha pun turun dengan jayanya…siap berlari lagi turun..haha..kalau tak lari, sakit sangat kaki..sebab kena adjust langkah..tapi berlari taklah cepat sangat…kena break juga..sebab batu besar dan curam.

Time turun tu ramai sangat orang limpas (lalu) so sha ikat sapu tangan mengelakkan habuk pasir kena hidung.. nasib baik sha bawa..haha..

ok dah sampai bawah…rasa nak naik lagi lah pula..haha..sha practice naik untuk hilangkan gayat..nanti naik Gunung Kinabalu senang lah nanti…haha..